7 Info Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Trofi Piala Dunia
Social

 

 

 

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

Blogged.my Blogged.my

 

7 Info Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Trofi Piala Dunia

1) Trofi Piala Dunia sekarang bukannya trofi generasi pertama ataupun “First Generation Trophy”. Ini kerana trofi yang pertama ialah trofi Jules Rimet yang dihasilkan oleh pakar pembuat arca dari negara Perancis iaitu Abel Lafleur.

Gambar 1: Nama Jules Rimet (Presiden ke-3 FIFA) diambil sempena menghargai jasa beliau menganjurkan kejohanan piala dunia pertama pada tahun 1930.

 
2) Pada tahun 1970, Brazil telah membawa pulang trofi ke Negara mereka setelah memenangi FIFA Piala Dunia sebanyak 3 kali. Ini berikutan peraturan FIFA ketika itu yang menyatakan: “Mana-mana negara yang memenangi FIFA Piala Dunia sebanyak 3 kali akan menjadi pemilik tetap trofi tersebut”.
 
3) Setelah memberikan trofi tersebut kepada Brazil, FIFA memerlukan trofi baru untuk Piala Dunia 1974. 53 reka bentuk trofi dihasilkan oleh pakar dari 7 buah negara dan dihantar kepada FIFA untuk sesi penilaian. Akhirnya, FIFA telah memilih hasil kerja dari artis Itali, Silvio Gazzaniga sebagai reka bentuk trofi baru.
 
4) Malangnya pada tahun 1983, trofi Jules Rimet telah dicuri ketika di Rio de Janeiro dan tidak kelihatan lagi selepas itu. Ada desas-desus mengatakan pencuri telah meleburkannya untuk medapatkan emas.
 
5) Setelah kejadian kecurian trofi tersebut, FIFA telah menetapkan peraturan baru iaitu trofi FIFA Piala Dunia tidak boleh dipindah milik dan trofi tersebut kekal milik FIFA. Sebaliknya, pemenang FIFA Piala Dunia akan dianugerahkan trofi replika dan boleh disimpan terus sebagai kenangan bagi meraikan kejayaan mereka.
 
6) Satu-satunya trofi Piala Dunia yang dimiliki oleh FIFA mempunyai ketinggian 36.8 cm, berat 6.175 Kg dan diperbuat dari 18 karat emas.
 
7) Di bahagian bawah trofi tersebut mempunyai 2 lapisan batu berharga Malachite (Copper Carbonate Hydroxide) yang berwarna hijau manakala di tapaknya pula terdapat ukiran tahun dan nama negara untuk setiap pemenang FIFA Piala Dunia sejak tahun 1974.
Gambar 2: Trofi Piala Dunia sekarang.
 
P/S: Tidak mustahil FIFA akan menghasilkan trofi baru selepas tapak sedia ada tidak mencukupi untuk ruang ukir tahun dan nama negara. Segalanya mungkin.

 

There are no products to list in this category.